12 Oktober, 2009

papadom the movie

<poster ehsan www.budiey.com>

Petang tadi aku & wife sempat menonton sebuah filem terbaru arahan Afdlin Shauki yang telah banyak memenangi anugerah didalam FFM yang lepas . Seperti biasa filem Afdlin memang tidak pernah mengecewakan & i am a big fan of him .

Berbalik pada cerita , filem ini mengisahkan tentang seorang bapa , anak & papadom . Sebuah filem famili komedi yang penuh tersirat dengan mesej . Meneritakan tentang bagaimana seorang suami cuba untuk memenuhi amanah isteri nya . Saadom adalah seorang usahawan nasi kandar yang berjaya di Penang sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami & ayah . Bagaimanapun kehidupannya terus berubah dari seorang bisnes minded menjadi seorang yg ayah yang terlampau mengawal life anak remajanya setelah isterinya meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan jalan raya . Dunia nya kini hanyalah tertumpu kepada anak perempuan nya . Segalanya bermula apabila anaknya melanjutkan pelajaran di universiti di KL.

Secara jujurnya filem ini sarat dengan mesej & semuanya digarap begitu halus . Walaupun banyak adegan komedi sebenarnya filem ini penuh dengan drama , filem ini mampu menyentuh setiap jiwa yang menontonnya . Bagi peminat filem arwah Yasmin Ahmad ini adalah penawar rindunya.

Aku sarankan para sahabat pegilah menonton filem ini dipawagam yg berdekatan . Aku bagi rating 5 popcorn . Semoga Afdlin akan terus berkarya . Wa caya sama lu bro.

http://www.youtube.com/watch?v=SDTaXSYImNM
untuk papadom official trailer

2 ulasan:

  1. Ulasan yg bagus, doc.
    p/s: masa dok berdua nih la best nak dating ngan wife kat pawagam ker,, kat mana2 ker...nanti dah kuar baby,,susah sket la.

    BalasPadam
  2. kitorang mmg biasa tgk wayang kalu ada masa, mmg betul masa berdua ni la nak buat mcm2 , dah ada anak leceh sket la. tq abie

    BalasPadam