01 Oktober, 2009
no muzic no life
Alunan melodi yg dihasilkan dari petikan acoustic gitar pastinya sungguh unik & merdu . Entah mengapa aku begitu ingin belajar cara untuk memetik gitar . Aku sering mengangankan memainkan muzik secara fingerstyle . Youtube sering ku cari samada untuk menonton klip mereka bermain atau setidaknya cara untuk memainkan sesebuah lagu. Kerana minat aku cuba belajar sendiri dengan membeli buku untuk mengenal not & kod . Namun setelah sekian lama nampaknya masih tidak berhasil . Gitar pertamaku beli dari kedai barangan 2nd hand buy & sell iaitu gitar kapok. Aku mula membeli gitar ke2 ketika itu disebuah kedai muzik dirawang , gitar jenama TGM menjadi pilihan. Setelah sekian tahun minat ku dipendamkan kerana sibuk dgn keja baruku . Tetapi kini minat itu timbul semula . Kini aku mengikuti kelas gitar di Tarrega Gitar Station di nilai . Disitu aku juga telah mendapatkan sebuah lagi guitar jenama Takamine . Gitar ni telah mendapat pujian dari ramai otai . Gitar ini juga merupakan pelaburan yang termahal setakat ini . Adakah aku akan berjaya juga memainkan guitar dengan baik , hanya masa yang menentukan .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wah.. dah mula memetik gitar. Teruskan usaha. Banyak sangat hobi Doc nih.
BalasPadamdah lama mula cuma tak pandai-pandai juga , kali ni baru serious ambil class . Hopefully bole perform atas stage next year .
BalasPadamHaha.. memang banyak tol hobi doc nih. Tak tau pulak minat guitar. Jom jamming.
BalasPadam