11 Oktober, 2009

Minggu Haru-Biru

Sudah lama blog ni tidak berusik, bukan sudah dilupakan cuma tidak berkesempatan lagi. sungguh banyak perkara yg berlaku sepanjang minggu . Aku cuba bariskan peristiwa yg telah berlaku sepanjang minggu ini.





acara : sambutan hari jadi
venue : restoren tasik idaman
date : 2hb oct 2009


Bulan ini pada tanggal 1hb genaplah usia isteriku yang tercinta ini 29 tahun , baru 2 bulan lalu kami meraikan ulangtahun perkahwinan yg ke 4. Sambutan kecil menyambut harijadinya bertempat di Restoren Tasik Idaman diraikan bersama staf klinik. Kepada isteriku Selamat ulang tahun sayang.

click here for more fotos



acara : open house rumah sely
venue : Sg ramal dalam
date : 2 oct 2009

Kita masih lagi didalam mood aidilfitri. Maka banyak yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis rumah terbuka. Rumah yang pertama kami beraya di rumah Sely . Sely adalah rakan dr group motor ninja 250r malaysia & ahli kepada geng Kilat . Rumah nya terletak di Sg Ramal Dalam.

click here for more fotos




acara : cat show
venue : amcorp mall , petaling jaya
date : 3 oct 2009


Cat show di amcorp mall petaling jaya . Kali ini aku berpeluang utk menyaksikan pertandingan kucing dari pelbagai species , antara nya American Short Hair, Spynx , Persian, Exotic , Maine Coon , Ragdoll , British Short Hair , Russian Blue, Abbysinian etc . Yang aku perasan banyak breeder dari Thailand . Comel nya kucing yg mereka bawa . Harga mencecah ribuan untuk setiap ekor . Mereka menyertai pertandingan ini lebih kepada minat daripada untuk mendapat untung kerana kos yang terlibat memang tinggi . Hopefully impianku untuk mendapat kan exotic tercapai dalam masa terdekat nanti .

click here for more fotos




acara : Malaysian Super Series (MSS) Round 4
venue : SIC
Date : 4th Oct 2009


Kali ini aku berkesempatan menjadi Pit Crew untuk Roy , tugasku sebagai official fotografer untuk race hari tu. Tetapi aku hanya dibenarkan untuk megambil gambar di pit sahaja , selainnya aku kena mengambil pas media . Hari itu hanya aku & Orca yang menemani Roy . Orca adalah manager & mekanik Roy pada hari tu. Next round would be on MotoGP event . See you there .

click here for more fotos




acara : Sambutan aidilfitri ninja 250r malaysia
venue : taman takungan air kg dato abu bakar baginda
date :4 oct 2009


Buat julung kalinya kelab ninja 250r malaysia mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri . Syabas kepada semua pihak yang terlibat .
Selepas majlis tersebut beberapa orang dari kami sempat pergi ke rumah terbuka Fyzalr di rawang .

click here for more fotos






acara : kenduri arwah & masuk rumah baru
venue : rumah izat
date : 9 oct 2009


Majlis ini disertakan sekali dengan tahlil arwah ayah & juga doa selamat masuk rumah baru . Kepada Izat semoga terus dimurahkan rezeki .

click here for more fotos



acara : Sambutan aidilfitri rakan UM (2nd college)
venue : rumah Joe & Gja ( seksyen u12 shah alam)
date :10 oct 2009


Sambutan secara pot luck & Joe berbesar hati menjadi tuan rumah . Kali ini yang sempat hadir Berg & famili , Jurasic & famili , Mokhsin & famili , Tungau & famili , Anne & famili. Aku solo je . Walaupun sederhana tetap meriah . Aku pun cuma sempat menjamah air ribena kerana perut sudah penuh menjamu di open house lain sebelum kesini . Berita yang menggembirakan kerana ada 2 bakal ibu iaitu Gja & Rozan termasuklah isteriku . Nampaknya due date lebih kurang sama . Ku doakan semoga semua selamat sehingga mendapat cahaya mata insyaAllah .

click HERE for more fotos

2 ulasan:

  1. Fuhh,,meriahnya diari ko minggu lepas, Doc. Mcm2 event ada.

    BalasPadam
  2. ada 1 lg big event yg aku pergi tp terlepas moment nak capture , a quite sad day i would say.
    Thunderbird .

    BalasPadam