23 Oktober, 2009

Takhziah Apple



Hari ini 22hb oct 2009 adalah hari dalam sejarah hitam  , apabila salah seorang otai ahli ninja 250r malaysia terlibat dlm kemalangan jalan raya & mengalami kecederaan teruk . Apple terjatuh dari motor nya apabila terlanggar divider setelah dihimpit sebuah kereta  ketika hujan petang tadi . Lokasi kemalangan di highway plus kl-sbn menghala ke seremban lebih kurang jam 2.30pm . Kemalangan diketahui  dengan pantas apabila sebuah trak tentera yg kebetulan rakan tuff melihat kejadian tersebut . Apple kemudiannya dibawa dgn ambulans ke hospital besar seremban.

Menurut berita dari rakan yg melawat , Apple stabil walaupun mengalami kecederaan yg serious , he sustained multiple compund fracture of left & right legs & left hand. At the time these were written Apple in OT for emergency OP .

Aku ucapkan takhziah diatas kemalangan yg menimpa . Di harap Apple dapat bersabar dan tabah mengharungi dugaan yg maha Esa . Mungkin ada iktibar yg kita tak tahu . Kami doakan Apple semoga cepat sembuh seperti sedia kala .

22 Oktober, 2009

open house last day syawal



Pada hari sabtu lepas 17hb Oct 2009 kitorang menerima 3 undangan rumah terbuka dr geng ninja iaitu Kezo , Rajap & Masyuk . Kami bersepakat berkumpul di RNR tol putramahkota seawal dr jam 12.30 tgh hari . Rumah pertama yg dituju adalah rumah kezo yg terletak di bukit mahkota . Antara yg hadir samada secara solorider mahupun kereta bersama famili . Low &wife , geng kilat , joey & wife, gurl , along, mejar & famili , lighter & wife , dan aku.


antara yang hadir


along, mejar & kezo


lalat,topaz, along & sepupu topaz

lebih kurang pkl 2.30pm kitorang bergerak ke rumah yg seterusnya . Rumah kedua adalah rumah Rajap@raja pelaut yg terletak di seri kembangan .Kami terpaksa menempuh hujan di tengah perjalanan. 3.30p kami tiba dilokasi .


sungguh ramai tetamu Rajap sehingga tidak muat utk kami semua . Kami menikmati juadah spagheti di tepian tangga . Rajap next year ko kena tempah dewan kalu nak buat open house lagi .



kami tepaksa meningalkan rumah rejap untuk ke destinasi yg seterusnya . Kami menuju ke rumah masyuk yg terletak di tmn seri andalas klang. Kali ni ramai yg terpaksa balik atas urusan peribadi , maka hanya tinggal beberapa org yg meneruskan perjalanan. Tepat jam 5.30pm kami tiba di destinasi.


kali ni menu memang istimewa , ada nasi dagang, bubur pulut durian , dll . Memang cukup puas hati . lebih kurang jam 6.30pm kami pun balik . Aku terus menuju ke bdr seri putra manakal yg lain dengarnya nak lepak di pakli .

sesampai nya di bdr seri putra jam sudah pun menunjukkan 7.30pm . Sesudah solat maghrib aku terus ke rumah terbuka wisma . Bagaimanapun rumah terakhir gagal utk pergi kerana by the time kepala terasa pening sangat mngkin terlalau byk makan .
anyway tq pada tuan rumah yg sudi menjemput kami dtg beraya . TQ juga yg sudi escort aku sepanjang perjalanan pergi &balik,  moto ku mmg seronok utk perjalanan yg jauh & laju .

18 Oktober, 2009

my new baby

my new baby
day 1 of life
dob 161009












 







enjoy!

12 Oktober, 2009

papadom the movie

<poster ehsan www.budiey.com>

Petang tadi aku & wife sempat menonton sebuah filem terbaru arahan Afdlin Shauki yang telah banyak memenangi anugerah didalam FFM yang lepas . Seperti biasa filem Afdlin memang tidak pernah mengecewakan & i am a big fan of him .

Berbalik pada cerita , filem ini mengisahkan tentang seorang bapa , anak & papadom . Sebuah filem famili komedi yang penuh tersirat dengan mesej . Meneritakan tentang bagaimana seorang suami cuba untuk memenuhi amanah isteri nya . Saadom adalah seorang usahawan nasi kandar yang berjaya di Penang sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami & ayah . Bagaimanapun kehidupannya terus berubah dari seorang bisnes minded menjadi seorang yg ayah yang terlampau mengawal life anak remajanya setelah isterinya meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan jalan raya . Dunia nya kini hanyalah tertumpu kepada anak perempuan nya . Segalanya bermula apabila anaknya melanjutkan pelajaran di universiti di KL.

Secara jujurnya filem ini sarat dengan mesej & semuanya digarap begitu halus . Walaupun banyak adegan komedi sebenarnya filem ini penuh dengan drama , filem ini mampu menyentuh setiap jiwa yang menontonnya . Bagi peminat filem arwah Yasmin Ahmad ini adalah penawar rindunya.

Aku sarankan para sahabat pegilah menonton filem ini dipawagam yg berdekatan . Aku bagi rating 5 popcorn . Semoga Afdlin akan terus berkarya . Wa caya sama lu bro.

http://www.youtube.com/watch?v=SDTaXSYImNM
untuk papadom official trailer

11 Oktober, 2009

Minggu Haru-Biru

Sudah lama blog ni tidak berusik, bukan sudah dilupakan cuma tidak berkesempatan lagi. sungguh banyak perkara yg berlaku sepanjang minggu . Aku cuba bariskan peristiwa yg telah berlaku sepanjang minggu ini.





acara : sambutan hari jadi
venue : restoren tasik idaman
date : 2hb oct 2009


Bulan ini pada tanggal 1hb genaplah usia isteriku yang tercinta ini 29 tahun , baru 2 bulan lalu kami meraikan ulangtahun perkahwinan yg ke 4. Sambutan kecil menyambut harijadinya bertempat di Restoren Tasik Idaman diraikan bersama staf klinik. Kepada isteriku Selamat ulang tahun sayang.

click here for more fotos



acara : open house rumah sely
venue : Sg ramal dalam
date : 2 oct 2009

Kita masih lagi didalam mood aidilfitri. Maka banyak yang mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis rumah terbuka. Rumah yang pertama kami beraya di rumah Sely . Sely adalah rakan dr group motor ninja 250r malaysia & ahli kepada geng Kilat . Rumah nya terletak di Sg Ramal Dalam.

click here for more fotos




acara : cat show
venue : amcorp mall , petaling jaya
date : 3 oct 2009


Cat show di amcorp mall petaling jaya . Kali ini aku berpeluang utk menyaksikan pertandingan kucing dari pelbagai species , antara nya American Short Hair, Spynx , Persian, Exotic , Maine Coon , Ragdoll , British Short Hair , Russian Blue, Abbysinian etc . Yang aku perasan banyak breeder dari Thailand . Comel nya kucing yg mereka bawa . Harga mencecah ribuan untuk setiap ekor . Mereka menyertai pertandingan ini lebih kepada minat daripada untuk mendapat untung kerana kos yang terlibat memang tinggi . Hopefully impianku untuk mendapat kan exotic tercapai dalam masa terdekat nanti .

click here for more fotos




acara : Malaysian Super Series (MSS) Round 4
venue : SIC
Date : 4th Oct 2009


Kali ini aku berkesempatan menjadi Pit Crew untuk Roy , tugasku sebagai official fotografer untuk race hari tu. Tetapi aku hanya dibenarkan untuk megambil gambar di pit sahaja , selainnya aku kena mengambil pas media . Hari itu hanya aku & Orca yang menemani Roy . Orca adalah manager & mekanik Roy pada hari tu. Next round would be on MotoGP event . See you there .

click here for more fotos




acara : Sambutan aidilfitri ninja 250r malaysia
venue : taman takungan air kg dato abu bakar baginda
date :4 oct 2009


Buat julung kalinya kelab ninja 250r malaysia mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri . Syabas kepada semua pihak yang terlibat .
Selepas majlis tersebut beberapa orang dari kami sempat pergi ke rumah terbuka Fyzalr di rawang .

click here for more fotos






acara : kenduri arwah & masuk rumah baru
venue : rumah izat
date : 9 oct 2009


Majlis ini disertakan sekali dengan tahlil arwah ayah & juga doa selamat masuk rumah baru . Kepada Izat semoga terus dimurahkan rezeki .

click here for more fotos



acara : Sambutan aidilfitri rakan UM (2nd college)
venue : rumah Joe & Gja ( seksyen u12 shah alam)
date :10 oct 2009


Sambutan secara pot luck & Joe berbesar hati menjadi tuan rumah . Kali ini yang sempat hadir Berg & famili , Jurasic & famili , Mokhsin & famili , Tungau & famili , Anne & famili. Aku solo je . Walaupun sederhana tetap meriah . Aku pun cuma sempat menjamah air ribena kerana perut sudah penuh menjamu di open house lain sebelum kesini . Berita yang menggembirakan kerana ada 2 bakal ibu iaitu Gja & Rozan termasuklah isteriku . Nampaknya due date lebih kurang sama . Ku doakan semoga semua selamat sehingga mendapat cahaya mata insyaAllah .

click HERE for more fotos

02 Oktober, 2009

sifuku


Berasal dari Lubok Cina Melaka , Khalid mendapat pendidikan formal didalam bidang muzik moden di UITM Shah Alam. Kini melibatkan diri secara tidak langsung didalam industri muzik sebagai pemuzik jemputan, rekording album , partime pemuzik bermain Basist di Gig & club . Partime lecturer di UITM shah alam & guru muzik . Ini lah sedikit sebanyak biodata sifuku di Tarrega Guitar Station . Kelasku setiap jumaat petang selama 1/2 jam. Disini aku belajar teori & praktikal mengenai muzik amnya & gitar akustik khususnya . Tapi aku sedar bukan la senang utk menguasai kemahiran memetik gitar dgn baik kalau sekadar mempraktiskan kemahiran jari 10min sehari . Dan paling pening aku kena banyak belajar benda baru dlm hidupku . Dengan berpuluh modes & scale , not & chord . Walaupun pada dasarnya kita cuma perlu mengenal abjad A hingga G . Menurut sifuku tiada jalan pintas utk menjadi selain dari praktis ,praktis & terus praktis . Yang lain akan datang sendiri . Melodi itu akan datang dari jiwa. Bak kata P.Ramlee irama & lagu tak akan dapat dipisahkan . Cuma aku tak mahu meyumbangkan rentak yg sumbang .

01 Oktober, 2009

no muzic no life


Alunan melodi yg dihasilkan dari petikan acoustic gitar pastinya sungguh unik & merdu . Entah mengapa aku begitu ingin belajar cara untuk memetik gitar . Aku sering mengangankan memainkan muzik secara fingerstyle . Youtube sering ku cari samada untuk menonton klip mereka bermain atau setidaknya cara untuk memainkan sesebuah lagu. Kerana minat aku cuba belajar sendiri dengan membeli buku untuk mengenal not & kod . Namun setelah sekian lama nampaknya masih tidak berhasil . Gitar pertamaku beli dari kedai barangan 2nd hand buy & sell iaitu gitar kapok. Aku mula membeli gitar ke2 ketika itu disebuah kedai muzik dirawang , gitar jenama TGM menjadi pilihan. Setelah sekian tahun minat ku dipendamkan kerana sibuk dgn keja baruku . Tetapi kini minat itu timbul semula . Kini aku mengikuti kelas gitar di Tarrega Gitar Station di nilai . Disitu aku juga telah mendapatkan sebuah lagi guitar jenama Takamine . Gitar ni telah mendapat pujian dari ramai otai . Gitar ini juga merupakan pelaburan yang termahal setakat ini . Adakah aku akan berjaya juga memainkan guitar dengan baik , hanya masa yang menentukan .