seawal dari pagi selepas menunaikan solat subuh aku sudah berjaga, semangat sungguh lain dari biasa . Pagi ni aku akan bergegas ke Litar SIC kerana ada trackday . Aku terus bersiap kelengkapan menembak ku, semua telah ku sediakan sejak dari malam kelmarin . Bergegas turun ke Haseema Maju menaiki basikal cabukku . Perut ini perlu diisi. Sebungkus nasi lemak & secawan teh halia menjadi bekalan ku . Tanpa berlengah lagi terus menuju ke sepang , setibanya di sana kelibat Roy,Hin ,Amirul, Don, Orca & Mere sudah bersedia dgn penuh semangat . Good luck guys, aku setia menunggu di turn 1 . Semuanya seperti yg tersirat . Walaupun panas hatiku puas.
banyak lagi foto di flickr
Antara realiti dan fantasi .. nak gak baca yang dari sisi fantasi. Doc pernah jadi Bio-Nik ka? hehehe... by the way, selamat berblog!
BalasPadamactually nak mengasah semula bakat membuat komposisi yg dah tak dipergunakan semenjak abis spm, berkarat sungguh , tu yg keras semacam . So pakar mcm hangpa la kena guide aku ni .
BalasPadam