seawal dari pagi selepas menunaikan solat subuh aku sudah berjaga, semangat sungguh lain dari biasa . Pagi ni aku akan bergegas ke Litar SIC kerana ada trackday . Aku terus bersiap kelengkapan menembak ku, semua telah ku sediakan sejak dari malam kelmarin . Bergegas turun ke Haseema Maju menaiki basikal cabukku . Perut ini perlu diisi. Sebungkus nasi lemak & secawan teh halia menjadi bekalan ku . Tanpa berlengah lagi terus menuju ke sepang , setibanya di sana kelibat Roy,Hin ,Amirul, Don, Orca & Mere sudah bersedia dgn penuh semangat . Good luck guys, aku setia menunggu di turn 1 . Semuanya seperti yg tersirat . Walaupun panas hatiku puas.