30 April, 2010

kehadiran orang ketiga dalam hidupku..

kehadiran orang ketiga adalas satu perkara yg terindah dlm hidup aku. Kini kehidupan ku lebih gembira. Ya Alhamdulilah kami telah dikurniakan oleh Allah dgn kehadiran bayi lelaki yg tersangat comel pada 27hb Mac 2010 yg lepas. Orang yang paling gembira sudah tentulah ibu kepada anakku . Tak dapat kugambarkan keceriaan & kesyukuran yg tergambar diwajah isteriku disaat anakku dilahir kan. Teringat kata Dr Fatimah O&G ku yang menyambut kelahiran bayiku " Ya Allah montelnya" dia diikuti suara tangis bayiku..

Adam Rayyan Bin Shaiful Hazmeer , itu nama yg sudah dipilih oleh isteriku semenjak dalam perut lagi. Aku hanya mengikut saja mana yang baik. Berat ketika lahir 3.9kg , wah..semua terkejut , anggaran scan pun dlm 3.4-3.5kg , nasib baik Adam keluar secara kelahiran biasa sahaja. Kini aku telah bergelar sebagai ayah atau papa . Ohh what a feeling..

Pengalaman pertama mengazan kan anak sendiri masih tak dapat kulupakan walaupun semasa aku bekerja sebagai HO dulu pernah juga mengazankan menjadi ayah sementara kepada bayi yg kusambut kerana ayahnya tiada di wad.

Sungguh meriah keaadan di wad dgn kehadiran keluarga & sahabat handai utk menyambut kehadiran orang baru dlm keluarga kami. Semua tak putus mencium & memegang pipi Adam. Unfortunately Adam mengalami alahan , pipi Adam menjadi kemerahan akibat rashes . Kesian anak papa.

bersambung..