09 November, 2009

Konvoi mengiringi pengatin


majlis persandingan mempelai Tomtombak & Butterfly diiringi konvoi N250R Malaysia.
venue: Rumah pengantin perempuan Cheras
Date : 8Hb Nov 2009

Buat pertama kalinya kami dijemput utk mengiringi pengantin lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan . Pengantin menaiki Versys dipandu tuan admin dan diiringi rakan-rakan lain . Dianggarkan sebanyak 28 biji motor terlibat dlm perarakan tersebut. Majlis telah berlangsung dgn amat meriah dan para hadirin telah dijamu dgn juadah yg amat lazat. Sedikit cenderahati telah diserahkan kepada pengantin hasil kutipan ahli .Kami juga sempat bergambar kenang-kenangan bersama pengantin sebelum bergerak pulang.

kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Tomtombak & Butterfly , semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat .



lawatan sambil belajar


event : lawatan sambil belajar
venue: muzium RMAF
date: 7hb nov 2009

kali ni kitorang pergi melawat muzium RMAF sg besi utk kelas kamera bersama Haris . Objektif utk mengenal camera & mencari angle . Yang datang pagi tu haris & famili , tempeyek & wife , Egghead & aku . Selepas puas bergambar kami menuju ke jln Bellamy utk menikmati juadah tgh hari & menu utama adalah ikan bakar. TQ utk Egghead kerana sudi memayung kami .

08 November, 2009

jalan-jalan cari shot


pada pagi sabtu lepas 31hb oktober aku selepas breakfast terus menuju ke litar motorcross sepang utk shooting MTB cross 4x4 .

Dan rupanya ada game gokart juga pagi tu, dah memang rezeki aku , tanpa buang masa terus menembak sepuas hati . Banyak lg yg aku kena blaja utk dapat kan nice short & angle .

hasilnya seperti di sebelah . Yg selebih nya ada di flicker.

Pic yg lain tu gambar scenery di putrajaya.

Putrajaya Critical Mass


event : Putrajaya Critical Mass
venue : Putrajaya
date : end of dicember

Putrajaya Critical Mass(PCM) adalah satu acara bulana berbasikal beramai-ramai disekitar putrajaya  yg biasa dijalankan pada hujung bulan . Inilah kali pertama menyertai event seperti ini . malam itu sebanyak lebih 100 buah basikal turut serta mengambil bahagian . Lebih kurang jam 10pm kayuhan bermula dan lebih kurang jauh 35km kayuhan selama 1jam . Inilah pertama kali aku berkayuh sejauh itu setelah selepas sebulan aku berbasikal. Yang pasti aku berjaya menghabiskan  kayuhan malam itu walaupun akibatnya pehaku begitu sakit sepanjang minggu .
Didalam foto , cikgu Hanif, Kisto , Hilman & aku